Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Laba Bank Rakyat RM1.71 bilion


CEMERLANG...Ismail Sabri (tengah) bersama Dr Syed Jalaludin (dua dari kiri) dan Kamaruzaman (kiri) menunjukkan keputusan kewangan Bank Rakyat bagi tahun kewangan 2010, semalam.
CEMERLANG...Ismail Sabri (tengah) bersama Dr Syed Jalaludin (dua dari kiri) dan Kamaruzaman (kiri) menunjukkan keputusan kewangan Bank Rakyat bagi tahun kewangan 2010, semalam.

LEBIH 750,000 anggota yang melanggan RM5.95 bilion saham Bank Kerjasama Rakyat Berhad (Bank Rakyat) akan menerima durian runtuh membabitkan pembayaran 15 peratus dividen berjumlah RM294.9 juta mulai hari ini.

Ia berikutan prestasi kewangan cemerlang yang direkodkan bank koperasi utama negara itu pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 yang meraih keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.71 bilion, meningkat 10.8 peratus berbanding RM1.55 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.


Daripada jumlah itu, bank berkenaan memperoleh keuntungan bersih RM1.34 bilion berbanding RM1.13 bilion, melonjak 19.1 peratus atau RM215.2 juta pada 2009.

Jumlah pendapatan kasar Bank Rakyat turut mencatatkan peningkatan RM921.1 juta kepada RM4.7 bilion, pertambahan 24.3 peratus, manakala pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit meningkat RM435.7 juta atau 16.7 peratus menjadikan RM3.05 bilion berbanding RM2.61 bilion dicatat pada tahun sebelumnya.
Rekod keuntungan itu sebahagian besarnya didorong pertumbuhan pembiayaan terutama membabitkan pembiayaan peribadi dan pendapatan berasaskan faedah selain disokong peningkatan deposit.
Pengumuman prestasi kewangan itu dibacakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kuala Lumpur, semalam.

“Pendapatan daripada sumber pembiayaan juga meningkat kepada RM4.04 bilion berbanding RM3.4 bilion pada tahun sebelum ini dengan RM3.71 bilion atau 92 peratus disumbangkan perbankan konsumer, manakala selebihnya perbankan komersial dengan jumlah RM323.9 juta.
“Bank Rakyat juga merekodkan pendapatan berasaskan faedah sebanyak RM92.3 juta, meningkat RM10.6 juta atau 13 peratus berbanding RM81.7 juta pada 2009,” katanya.

Hukum gantung

Oleh Adha Ghazali
MOHD NIZAM MOHAMAD  (tengah), 32,  dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar,  semalam, selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati    kerana  didapati bersalah membunuh seorang budak   perempuan berusia 22 bulan, pada November 2009.
MOHD NIZAM MOHAMAD (tengah), 32, dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar, semalam, selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah membunuh seorang budak perempuan berusia 22 bulan, pada November 2009.
KANGAR: Mahkamah Tinggi semalam, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang lelaki selepas tertuduh didapati bersalah membunuh seorang budak perempuan berusia 22 bulan, pada November 2009 lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab mensabitkan kesalahan terhadap Mohd Nizam Mohamad, 32, selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes mengatasi keraguan munasabah.
Mohd Zaki berkata, tertuduh dalam satu kenyataan tidak bersumpah yang dibuatnya sebelum ini, mengaku melakukan kesalahan itu atas alasan dirinya berada di dalam pengaruh dadah. “Selepas pertimbangkan semua perkara, saya dapati pihak pendakwa berjaya buktikan kes melampaui keraguan munasabah dan dengan ini, tertuduh didapati salah seperti didakwa dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Bagi seksyen itu, saya tidak punyai pilihan lain kecuali hukuman mati mandatori dan tarikh serta waktu hukuman akan ditetapkan,” katanya.
Tertuduh sepanjang penghakiman dibacakan kelihatan tenang tanpa sebarang bicara, malah reaksi sama turut diberikan tertuduh sejurus hukuman mati itu dijatuhkan ke atasnya.
Mohd Nizam dituduh dituduh membunuh Nur Azlina Abdullah yang ketika itu berusia setahun 10 bulan di alamat 8H Jalan Tok Dewa, Repoh, antara jam 9 pagi pada 23 November 2009 dan 12 tengah hari 24 November 2009.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Azman Abu Hassan, manakala tertuduh diwakili peguam Zuriah Meryani Othman.
Tertuduh yang bekerja sebagai buruh ditahan pada 4 Disember 2009 bersama ibu mangsa yang juga kekasihnya selepas pakar bedah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mendapati kematian Nur Azlina pada 26 November 2009, berpunca daripada kecederaan serius di usus, selain terdapat kesan lebam di badan dan kepala dipercayai akibat didera.

Dua pekerja ladang lupus bukti pembunuhan

SHAH ALAM: Dua pekerja ladang yang sebelum ini dipenjara tujuh tahun kerana melupuskan bahan bukti kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, terpaksa merengkuk lebih lama apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, meminda tempoh hukuman itu menjadi 20 tahun.
Keputusan Hakim Datuk Mohtarudin Baki meminda hukuman ke atas kedua-dua tertuduh, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, disambut gembira anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, yang menganggapnya sebagai kemenangan dalam mendapat pembelaan terhadap kematian ibunya.
Erni Dekritawati atau lebih dikenali dengan panggilan Rita, berkata keputusan itu jelas menggambarkan keprihatinan mahkamah terhadap derita dan gangguan emosi yang ditanggung ahli keluarga semua mangsa termasuk beliau dan lima adiknya.

“Sebelum ini, tempoh hukuman tujuh tahun yang dikenakan terhadap kedua-dua suspek amat mengejutkan. Memang kami semua kecewa ketika itu, namun apa yang berlaku hari ini (semalam) satu berita yang menggembirakan serta kami anggap sebagai satu kemenangan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Rita yang juga Pengarah Urusan Nouvelle Visages, turut mengesahkan kereta mewah BMW X5 yang digunakan ibunya pada hari mangsa dilaporkan hilang, sudah diserahkan kepada keluarganya petang semalam selepas siasatan ke atas bahan bukti itu selesai.

Terdahulu, Mohtarudin pada prosiding rayuan dan semakan hukuman asal yang dijatuhkan terhadap kedua-dua tertuduh oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, pada 15 Oktober lalu, berpendapat kesalahan itu sangat serius.
Kedua-dua tertuduh dihukum penjara tujuh tahun oleh Majistret Hurmain Hussain selepas mereka mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Hurmain memerintahkan hukuman penjara terhadap kedua-dua tertuduh berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh mereka ditangkap pada 9 September tahun lalu.

Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001 Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lalu, manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting pada 31 Ogos tahun lalu.

Sarawanan kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya. Pada masa sama, Mahkamah Tinggi menggunakan kuasa di bawah Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah untuk menyemak keputusan yang dibuat oleh Hurmain.

Dalam penghakimannya, Mohtarudin berkata, beliau menolak rayuan Sarawanan yang mendakwa bahawa pengakuan salahnya itu tidak dibuat secara sukarela dan berlaku paksaan untuk beliau berbuat demikian.

“Perlu diingat prosiding yang dijalankan oleh majistret adalah perbicaraan terus di bawah Seksyen 173 Kanun Acara Jenayah di mana kedua-dua tertuduh sudah mengaku bersalah serta faham sifat dan akibat pengakuan,” katanya.

Mohtarudin berkata, hujahan peguam berhubung jurubahasa Tamil yang tidak menerangkan pertuduhan, sifat dan akibat pengakuan serta fakta kes juga dianggap remeh.

Beliau berkata, jurubahasa Tamil adalah kakitangan mahkamah serta berkelayakan dan tiada aduan ketika prosiding di Mahkamah Majistret berhubung jurubahasa berkenaan tidak dapat menguasai bahasa Tamil dan sebagainya.

Mengenai hujahan bahawa peguam yang mewakili Sarawanan dan Suresh tidak dilantik oleh kedua-dua tertuduh, Mohtarudin berkata, ia tidak dibantah oleh mereka ketika prosiding di Mahkamah Majistret.

Mohtarudin juga berkata, sebahagian tohmahan dalam afidavit yang difailkan agak keterlaluan, seperti terhadap jurubahasa dan peguam, apatah lagi terhadap majistret yang menjalankan kuasa di bawah undang-undang yang bersesuaian dengan Seksyen 114 (e) Akta Keterangan 1950.

“Saya tidak bersedia untuk merobohkan benteng yang akan menyebabkan penyalahgunaan proses undang-undang, kecuali salah laksana keadilan dibuktikan.

“Dengan itu saya menolak rayuan terhadap sabitan dan juga tidak mendapati apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang, perbuatan yang salah atau tidak betul dalam rekod prosiding oleh majistret serta tiada salah laksana keadilan berlaku,” katanya.

Selain itu, Mohtarudin berkata, kedua-dua tertuduh dihukum penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan dan berjalan serentak, iaitu hukuman maksimum di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, mengikut Seksyen 87(1) Akta Mahkamah Rendah 1948, kuasa majistret dalam menjatuhkan hukuman ialah maksimum lima tahun saja, tetapi majistret dalam kes itu telah mengguna pakai kuasa di bawah Seksyen 87(2) akta sama di mana beliau mungkin menjatuhkan hukuman maksimum berdasarkan rekod kesalahan lampau atau kesalahan tertuduh sebelum ini (antecedents).

“Kedua-dua tertuduh tiada rekod kesalahan lampau dan majistret mengambil kira antecedents kedua-dua tertuduh, iaitu mereka telah melakukan empat kesalahan.

“Saya bersetuju dengan peguam tertuduh bahawa antecedents bererti perkataan sebelum kesalahan yang dipertuduhkan. Jika dilihat pertuduhan itu sendiri, masa dan tempat adalah sama.

“Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas empat pertuduhan bukan satu pertuduhan dan meminta tiga pertuduhan lain dipertimbangkan. Adalah jelas majistret terkhilaf dalam perkara ini,” katanya.

Sehubungan itu, Mohtarudin berkata, beliau membenarkan rayuan dan menjalankan kuasa semakan dengan menggantikan hukuman penjara tujuh tahun kepada lima tahun bagi setiap pertuduhan bagi kedua-dua tertuduh.

“Hukuman penjara lima tahun adalah jelas tidak memadai kerana kes ini amat mengejutkan di mana empat orang dibunuh dalam satu kejadian dan ia adalah kesalahan paling serius.

“Dengan itu bagi menjalankan kuasa semakan di bawah Seksyen 325 Kanun Acara Jenayah, saya memerintahkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan dan setiap tertuduh hendaklah berjalan berturutan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan,” katanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani, manakala Suresh diwakili peguam A S Dhaliwal dan Datuk Harpal Grewal. Dhaliwal juga turut mewakili Sarawanan.

Dhaliwal ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.

Taman Negara Niah dibuka semula

KUCHING 19 Feb. - Bukit Lambir dan Taman Negara Niah yang ditutup berikutan banjir bulan lepas, dibuka semula untuk orang ramai mulai hari ini.

Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, semua kerja membaiki kerosakan akibat banjir baru-baru ini telah dilakukan di kedua-dua taman negara itu.

"Kedua-dua taman itu kini sedia untuk menerima pengunjung semula," kata SFC dalam kenyataan hari ini.

Taman Negara Bukit Lambir terletak sepanjang jalan Miri-Bintulu, kira-kira 30 kilometer di selatan bandar Miri.

Taman yang diwartakan dan dibuka kepada orang ramai pada 15 Mei 1975 itu meliputi kawasan seluas kira-kira 6,952 hektar.

Taman Negara Niah pula terletak di Sungai Niah, kira-kira tiga kilometer dari pekan kecil Batu Niah dan 110 kilometer barat daya Miri.

Taman yang dibuka kepada orang ramai pada 1 Jan 1975 itu, diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 ia diwartakan sebagai taman negara.

Walaupun merupakan taman negara paling kecil Sarawak, ia adalah yang paling penting dan menarik minat pelancong kerana ia merupakan tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara.

— BERNAMA

Hujan tidak halang lebih 9,000 umat Islam dan orang awam sambut Maulidur Rasul







Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman memberitahu seramai 188 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai jabatan, agensi, institusi, badan bukan kerajaan, kampung-kampung dan sekolah-sekolah telah mengambil bahagian.

Katanya, apa yang lebih membanggakan, terdapat tiga kumpulan yang terdiri daripada orang bukan Islam yang turut menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut.

“Kita amat bangga kerana ada tiga kumpulan yang terdiri daripada kaum Cina dan Iban terlibat sama dalam majlis ini dan ia selari dengan slogan kita iaitu 1Malaysia 1Ummah,” katanya.

Dalam pada itu, kumpulan daripada ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Muara Tuang memenangi anugerah khas sempena Majlis Perhimpunan dan Per- arakan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Perhimpunan dan perara-kan itu mengikut lapan kategori iaitu kategori A (jabatan/agensi kerajaan dan badan berkanun), kategori B (firma swasta/syarikat/institut kewangan), kategori C (masjid/surau), kategori D (persatuan/kelab/pertubuhan), kategori E (institusi pengajian tinggi/pusat kemahiran/sekolah menengah), kategori F (sekolah kebangsaan), kategori G (kumpulan hadrah) dan kategori H (persatuan/pertubuhan/kelab bukan beragama Islam).

Bagi gelaran johan setiap kategori masing-masing dimenangi oleh Jabatan Pertanian Samarahan (kategori A), Pusat Penerangan Islam (kategori B), Masjid Darul Ibadah, Pangkalan Kuap (kategori C), Belia kampung Darul Islam Belimbing, Padawan (kategori D), Kolej Bunga Raya, UNIMAS (kategori E), Sk Dato Mohd Musa Samarahan (kategori F) dan Kampung Endap (kategori G).

Kesemua johan berjaya me-raih wang tunai RM1,500, piala dan sijil manakala tempat kedua bagi setiap kategori pula membawa pulang wang tunai RM1,000, piala dan sijil dan tempat ketiga pula meraih wang tunai RM750, piala dan sijil.

Manakala hadiah sagu hati dimenangi oleh masyarakat Cina Sadong Jaya yang membawa pulang wang tunai RM500.

Dalam majlis itu juga, pelbagai persembahan turut di-sajikan seperti nasyid dan choral speaking.

Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin bersama isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah, Ke-tua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohammad Morshidi Abdul Ghani dan tetamu kehormat lain.

Tidak perlu gusar ancaman Bendera ‘serang dan takluk’ Sarawak, Sabah

KUCHING: Orang ramai di sini tidak perlu berasa gusar dengan ancaman Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang dilaporkan akan ‘menyerang dan menakluk’ beberapa bandar di Borneo, merangkumi Kuching dan Tawau di Sabah pada 8 Oktober ini.Konsul Indonesia di Sarawak Rafail Walangitan berkata, aktiviti yang digerakkan kumpulan itu tidak diiktiraf oleh kerajaan Indonesia dan justeru, ia tidak menggambarkan tindakan dan perasaan keseluruhan rakyat negara republik berkenaan.

“Kumpulan itu adalah tidak sah dari segi undang-undang Indonesia.

“Demonstrasi yang dijalankan (8 September 2009) adalah tidak sah kerana ia tidak mendapat kebenaran (daripada pihak berkuasa).

“Polis bertindak menangkap ahli-ahli kumpulan ketika mengadakan bantahan dan sekatan jalan raya (di Jakarta). Ini menunjukkan mereka bertindak bercanggah dengan undang-undang,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sambil menyifatkan Bendera sebagai kumpulan pencetus masalah, beliau berkata polis Indonesia memantau rapi pergerakan ahli-ahlinya dan telah mengenal pasti ketua mereka.

Beliau berkata, sentimen anti Malaysia tidak sepatutnya wujud antara warga dua negara itu memandangkan sudah terjalin hubungan akrab umpama sekeluarga sejak sekian lama.

Laporan sebuah akhbar menyebut pada Khamis ini, kira-kira 300 orang ahli Bendera yang memiliki ilmu kebal akan ‘menyerang dan menakluki’ beberapa bandar di Malaysia, khususnya di Borneo.

Pada Ahad lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat meminta orang ramai agar tidak terlalu risau dengan ancaman Bendera.

Hotel Pasar Minggu Satok

'Hotel' Pasar Minggu Satok


AUGUSTINE Rabui hanya berselimut ketika bermalam di tapak pasar bagi meneruskan aktiviti perniagaan pada keesokan harinya di Pasar Minggu Satok, Kuching, Sarawak, baru-baru ini.


KUCHING 14 Feb. - Apabila bercerita tentang Pasar Minggu Satok di sini, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita sudah pasti keadaan di pasar tersebut yang sentiasa sesak dengan orang ramai.

Suasana hingar-bingar dengan jerit-pekik suara peniaga yang menjaja barang jualan mereka, di selang-seli suara tawar-menawar pembeli adalah nadi menghidupkan pasar yang beroperasi dua hari berturut-turut setiap hujung minggu.

Kesibukan itu bagaimanapun tidak lama kerana menjelang tengah malam Sabtu, orang ramai mula bersurai meninggalkan peniaga bersama gerai dan barang jualan masing-masing yang belum terjual.

Ketika itu, orang ramai mungkin menganggap pasar yang menjadi salah satu tarikan utama di bandar raya Kuching itu 'mati' buat sementara waktu sebelum dihidupkan kembali melalui aktiviti perniagaan yang disambung semula keesokan harinya.

Namun, hakikatnya tidak begitu, pasar tersebut sebenarnya masih bernafas seperti biasa apabila sekumpulan peniaga memilih untuk bermalam di situ biarpun hanya beralaskan surat khabar atau kepingan kotak bagi memastikan peniagaan berjalan lancar sebaik sahaja matahari menjelma pada pagi Ahad.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, peniaga berkenaan tidak kisah untuk berbaring di kaki lima atau tapak perniagaan masing-masing sementara menunggu hari siang.

Seorang peniaga, Siti Mayo, 49, berkata, bermalam di Pasar Minggu Satok merupakan rutin mingguan dia dan ibunya, Yau Murong, 75, yang berniaga hasil hutan di situ sejak berpuluh tahun lalu.

"Keluarga saya berniaga secara kecil-kecilan di sini sejak mendiang nenek saya masih hidup.

"Perniagaan ini diturunkan kepada ibu saya dan kini saya mengambil alihnya kerana dia sudah tua serta tidak mampu membuat kerja berat.

"Bagi kami, tidur berbantal lengan dan beralaskan tikar mengkuang atau surat khabar perkara biasa. Yang penting, kena pastikan ada kelambu kerana nyamuk sangat banyak di sini," katanya.

Tatkala ditanya mengapa tidak pulang sahaja dan datang keesokan harinya, wajahnya berubah menjadi sedikit muram lalu berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku walaupun jarak dari pasar tersebut ke rumah panjangnya hanya memakan masa lebih kurang sejam.

Jelasnya, kebanyakan peniaga hasil hutan di Pasar Minggu Satok ialah orang Bidayuh yang datang dari kawasan luar bandar seperti Kampung Annah Rais dan Kampung Benuk di Padawan.

"Dari rumah panjang ke sini, kami terpaksa menumpang lori dengan bayaran RM17 setiap seorang tidak termasuk barang jualan yang dicaj sebanyak RM3 setiap satu bakul.

"Bayaran tersebut sudah cukup mahal bagi kami, jadi dengan hasil jualan yang tidak seberapa, mana mungkin kami mampu membayar lebih daripada itu.

"Sebab itulah rata-rata peniaga Bidayuh memilih untuk bermalam di sini setiap Sabtu supaya kami dapat meneruskan perniagaan pada awal pagi Ahad. Pendek kata, tapak Pasar Minggu Satok ini ibarat hotel bagi kami," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga pisang, Augustine Rabui, 67, berkata, kebanyakan orang Bidayuh dari rumah panjang di Kampung Benuk mempunyai pengalaman bermalam di tapak pasar tersebut.

"Hampir semua penduduk di kampung saya memilih untuk menjual hasil hutan dan tanaman desa di Pasar Minggu Satok kerana pendapatan yang diperoleh lebih lumayan berbanding tempat lain, di samping sewa tapak perniagaan hanya RM10 sebulan.

"Kami juga mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak dan cucu datang ke mari supaya mereka dapat belajar berniaga, di samping berjalan-jalan melihat bandar," katanya.

Katanya, dia memperolehi pendapatan sekitar RM200 hingga RM300 seminggu hasil jualan pasang di situ.

Seorang lagi peniaga pisang, Panuk Rakub, 36, berkata, pengalaman bermalam di Pasar Minggu Satok bukanlah perkara yang menyeronokkan kerana selain terpaksa berhadapan dengan kedinginan malam, gigitan nyamuk, gangguan anjing liar dan mereka terdedah kepada risiko dirompak.

Katanya, beberapa tahun lalu, peniaga yang bermalam di situ kerap berhadapan dengan masalah kecurian yang dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertimbang rasa.

"Sudahlah wang hasil jualan dicuri ketika kami sedang tidur, barang-barang jualan terutama buah-buahan seperti pisang turut diambil mereka.

"Tetapi sejak kebelakangan ini, keselamatan kami lebih terjamin kerana pihak berkuasa ada melakukan rondaan dari semasa ke semasa," katanya.

Menurutnya, dia berniaga di situ bersama ibunya, Nawiang Rangit, 50, sejak 20 tahun lalu.

Tambah Panuk, dia dan rakannya di situ turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyimpan wang di tempat selamat serta berwaspada mengawasi gerak-geri orang lalu-lalang di kawasan itu.

Perbualannya dengan penulis terhenti seketika apabila seorang pemuda singgah membelek-belek sesikat pisang madu milik peniaga bersebelahan.

Beliau meminta izin untuk beredar dan cepat-cepat mendekati lelaki yang berminat membeli pisang tersebut.

Sebaik sahaja selesai berurusan, Rakub menjelaskan kepada penulis pemilik petak niaga di sebelahnya itu sudah dibuai mimpi kerana kepenatan, jadi dia mengambil keputusan untuk membantu menjual pisang tersebut kepada pelanggan tadi.

"Di sini, kami ibarat satu keluarga. Kalau ada rakan yang ingin berehat atau ke tandas, kami ambil alih perniagaan dan membantu melayan pelanggan yang ingin membeli barang jualannya.

"Biasanya lewat malam begini, sudah tidak ada pelanggan, tetapi jika ada yang ingin membeli, kami terima dengan hati terbuka.

"Selain itu, ada juga seorang dua yang berjaga secara bergilir-gilir untuk meninjau keadaan. Kalau ada perkara yang tidak kena, mereka akan cepat-cepat kejutkan yang lain," katanya.

JAKIM perjelas tentang sambutan Hari Kekasih

PUTRAJAYA: “Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Kekasih yang tiba setiap 14 Februari tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

“Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Hari Valentine.

“Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

“Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran ‘Kempen Awasi Jerat Valentine’s Day’ kelmarin.

Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekali pun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.

“Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu,” katanya. — Bernama

Juruterbang wanita tunggal bangga selamatkan rakyat

SUBANG: Juruterbang wanita tunggal dalam Ops Piramid yang berakhir semalam, Mejar Roslin Faradilah Rosman, 33, menganggap segala cabaran yang dihadapi sepanjang misi sembilan hari itu, termasuk pengalaman ngeri merempuh ribut pasir tidak sehebat kenangan manis berjaya mengeluarkan rakyat Malaysia dari kawasan bergolak di Mesir.

Komander Pesawat C-130 yang mengemudi satu daripada penerbangan membawa keluar rakyat Malaysia di Kaherah dan Iskandariah itu, berkata beliau amat berbangga atas kejayaan menyempurnakan misi yang dilancarkan 2 Februari lalu itu.
Antara pengalaman tidak dapat dilupakannya ialah berdepan ribut pasir ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu menyebabkan pesawat terpaksa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Ain.
“Keadaan cukup mengerikan kerana kami tak dapat melihat apa-apa di luar akibat ditutupi ribut pasir. Namun saya tetap gembira kerana usaha membawa rakyat Malaysia keluar dari keadaan bergolak di Kaherah tercapai tanpa sebarang masalah besar,” katanya.

Beliau yang mengendalikan dua penerbangan ulang-alik Jeddah-Kaherah-Jeddah dengan setiap penerbangan hampir 10 jam termasuk mengisi minyak dan masalah pendaratan, antara 148 anggota dan pegawai ATM yang tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira jam 3 petang semalam selepas terbabit dalam Misi Operasi Piramid sejak 2 Februari lalu.

Sementara itu, pengalaman berkawal di kawasan perumahan diduduki bersama warga tempatan Kaherah sepanjang 10 hari rusuhan politik di Mesir bagi menghalang diceroboh penjenayah adalah peristiwa tidak akan dilupakan sepanjang hayat oleh seorang pelajar Malaysia dari Batu Pahat, Johor, Mohamad Ad Satiman, 20.

Pelajar Tahun Satu Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Al-Azhar itu bersama 19 lagi rakannya terpaksa bersengkang mata setiap hari antara jam 1 hingga 5 pagi bersenjatakan pisau, kayu dan besi bagi berdepan kemungkinan ancaman penjenayah.
“Kami terpaksa berkawal bersama warga tempatan di kawasan perumahan di Hayyu Asayir kerana ada berita mengatakan penjenayah lepas lari selepas balai polis dibakar merancang melakukan rompakan kerana keadaan tidak terkawal,” katanya.

Cara Buat Duit Dengan You Tube

Tips Percuma Dan Power untuk anda buat Duit dengan You Tube

Mula sekali Daftar akaun You Tube
Dan Download Video Lagu yang terhits yang paling banyak penonton
dan anda upload kan video lagu itu ke akaun you tube anda.
Tulis tajuk atau title yang sama, try ubah sikit.
Dan pada description dengan tajuk keywords lagu tadi.
buat sehingga 50 patah perkataan, dengan tajuk yang sama , ini untuk memudahkan video anda di jumpai.
Sebelum anda menulis di atas description tadi, Anda boleh masukkan url website atau blog anda, anda juga boleh promotekan Link affiliates anda.
Pada bahagian tags anda boleh tuliskan keywords tajuk lagu anda

Untuk Daya Penarikan video anda, cuba klik ke bahagian annotations edit video dengan teks promosi produk anda untuk menarik visitor klik ke Link address anda


Pingkan video anda di SINI
pingler.com

Jangan upload video peribadi milik orang lain.
Cara mudah untuk download video dari You Tube
FreedownloadManager


Selamat mencuba.

Pelajar Sarawak di Mesir dipantau

SAMARAHAN 7 Feb. - Kerajaan negeri akan terus memantau keadaan pelajar Sarawak yang menuntut di Mesir dari semasa ke semasa termasuk terlibat secara langsung dalam usaha membawa mereka pulang ke tanah air secara berperingkat secepat mungkin.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, pihaknya mengenal pasti kesemua 67 pelajar Sarawak yang menuntut di negara tersebut dalam pelbagai jurusan termasuk bidang pengajian Islam, perubatan dan pergigian.

"Setakat ini, 33 pelajar selamat tiba di Malaysia sama ada menerusi penerbangan pembiayaan sendiri dan juga penerbangan bantuan.

"Sementara itu, baki 34 pelajar masih di sana dengan 31 daripadanya sudah selamat tiba di Jeddah dan berangkat pulang bila-bila masa sahaja sama ada hari ini atau besok.

"Selain itu, saya difahamkan tiga orang lagi memilih untuk menetap di Mesir kerana ingin meneruskan pengajian. Jadi, kita tidak dapat paksa mereka untuk pulang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak, di sini hari ini.

Sementara itu, menjadi saksi kejadian rusuhan terburuk di Mesir merupakan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan salah seorang pelajar Sarawak yang menuntut di negara itu, Dayang Nabeela Abang Mohd. Khalid.

Menurut gadis berusia 22 tahun itu, saat-saat mencemaskan bermula apabila beliau mendengar bunyi tembakan bertalu-talu di luar rumahnya selepas solat Maghrib lewat petang, 30 Januari lalu.

Katanya, bunyi tembakan tersebut diiringi suara orang ramai menjerit dan pada masa sama, keadaan bertukar menjadi hingar-bingar di sekitar kediamannya di bandar Mansoura.

"Sebaik sahaja mendengar bunyi tembakan dan jerit pekik orang ramai, saya dan rakan lain hanya saling berpandangan dan tidak ada seorang pun mampu bersuara.

"Kami cepat-cepat padamkan semua lampu bagi mengelak kejadian yang tidak diingini, manakala salah seorang daripada rakan saya memberanikan diri menjenguk keluar tingkap untuk melihat keadaan sekeliling," katanya.

Menurut pelajar tahun tiga jurusan Perubatan Universiti Mansoura itu, sebaik sahaja keadaan bertukar menjadi tegang, perintah berkurung berkuat kuasa serta merta.

"Saya begitu tertekan dengan keadaan ketika itu kerana menyukarkan pergerakan kami termasuk untuk keluar membeli makanan dan barang-barang keperluan lain," katanya.

Dia tiba di ibu negara 4 Februari lalu dengan menggunakan pesawat Fly Emirates.

Sementara itu, rakannya, Ahmed Hatimi Rashidi, 21, berkata, keadaan menjadi semakin sukar apabila semua premis di sekitar bandar Mansoura ditutup ekoran rusuhan yang semakin menjadi-jadi.

"Memandangkan keadaan semakin tegang, saya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air dengan bantuan ibu seorang rakan yang menempah tiket pesawat Gulf Air," katanya.

Dayang Nabeela dan Ahmad Hatimi merupakan antara pelajar terawal yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 3 dan 4 Februari lalu menggunakan perbelanjaan sendiri.


utusansarawak@utusan.com.my

Wanita Malaysia Raih Duit Dengan Blog

Dikenali sebagai Redmummy
Anda juga boleh melayari Redmummy.com, dengan pendapatan mencecah RM20K, dengan hanya berblogging, pendapatan hasil melalui nuffnang telah mampu membuka mata warga malaysia, untuk terus berblogging. Bukti income yang di perolehi redmummy


IMG00377-20100413-1008



nuffnang_0001

Tips dari Redmummy

Some tips to get the earnings from blog, aku buat simple2 je lah, nak details ada dalam RM blogging tips

  1. Traffic yg paling penting. Tambahkan hits/readers blog korang. 100 per day? Tak cukup! Make it thousandsssssssssss of readers per day. Cara nak tambah hits? Rajin2 la blog hopping, leave a komen and jejak, join bloggers gathering, macam2 lagi la. Kena la rajin sket. Ni ulangan ya “Saya hanya dapat income selepas 2 tahun berblogging. 2 tahunnnn!” So momantai ok!
  2. Minat berblogging kena ade. Jangan berblog semata2 nak dapatkan duit. Buat sesuatu tu kena ade minat, baru menjadi :)
  3. Tonjolkan keunikan blog anda, olah dengan gaya bahasa korang sendiri, cerita benda2 yang orang suka baca. Barulah readers keep on coming dokk?
  4. Kalo twitter pulak, tambahkan follower bagi lagi ramai. Aktif sket bertweet :) Actually all about networking. Makin ramai readers/followers, prospek lagi cerah nak buat duit :)

Membina Blog Tanpa Kajian 'Niche'

Kebanyakan panduan blogging yang kita baca menyuruh kita membuat kajian pasaran atau ‘niche research’ terlebih dahulu sebelum menentukan topik blog yang mahu dibina.

Ya, ia memang satu langkah yang wajib, TAPI ada satu lagi kaedah yang boleh anda gunakan. Selain teknik kajian niche, kita juga boleh menggunakan kaedah TARGET AUDIENS. Bermaksud, kita membina komuniti kita sendiri walaupun topik tersebut mempunyai persaingan yang amat sengit.

Kaedah ini adalah di mana kita membina sebuah blog yang topiknya sudah banyak blog yang membicarakannya. Namun dengan keunikan blog dan cara kita yang tersendiri (tiada di blog lain), maka blog kita tetap mempunyai pelawat tersendiri walaupun pelawat-pelawat ini juga menjadi pembaca blog lain.

Kedua, kaedah ini berprinsip bahawa, di dalam era maklumat ini, sesiapa yang sentiasa aktif dan kreatif, maka peluang kejayaan sentiada wujud dan boleh dicapai. Dan sesiapa yang lambat dan hanya fokus pada cara yang ‘ketinggalan zaman’, maka mereka akan ketinggalan walaupun telah lama membina empayar.

Bagaimana Cara Melakukannya?

Langkah asasnya adalah seperti berikut:

1. Tentukan topik blog yang mahu anda bina tidak kisah ia mempunyai persaingan yang besar atau tidak. Yang penting ia mempunyai ‘demand’ iaitu ramai orang berminat terhadap info yang akan anda tulis.

2. Fikir dan tentukan apakah USP iaitu keunikan blog anda. Mungkin pada ’slogan’nya, pada logonya dan juga yang pasti adalah pada nama domainnya. Gunakan nama domain yang unik berbanding nama yang umum. Contoh di sini adalah seperti smartusaha.com. Atau anda boleh juga gunakan nama anda sendiri, seperti saya gunakan pada www.MohdZulfadli.com.

Keunikan (USP) blog anda ini nanti sekurang-kurangnya mempunyai satu kekuatan yang akan menjadi buah mulut orang lain sama ada pembaca blog atau blogger-blogger yang lain.

Perkara ini adalah amat penting jika anda mahu menggunakan kaedah Target Audiens ini. Jangan teruskan langkah berikut jika anda belum menentukan keunikan blog anda. Sila baca artikel “Rahsia Perniagaan Internet Sebenar” untuk mengetahui serba sedikit mengenai USP.

3. Tentukan beberapa topik spesifik atau sekurang-kurangnya satu topik selain menulis secara umum. Maksudnya, di dalam sesuatu bidang, banyak cabangnya. Jadi fokus kepada beberapa topik itu di samping menulis secara umum mengenai topik-topik di dalam bidang tersebut. Tujuannya agar anda mempunyai keunikan walaupun akan menulis pelbagai topik berkaitan.

4. Bina sebuah blog dan pastikan navigasi blog telah berfungsi sepenuhnya (menu, design, dan lain-lain).

5. Tulis dan terbitkan (publish) beberapa buah artikel sebelum mula melakukan promosi. Jangan promosikan blog semasa blog belum ada sebarang artikel atau blog belum siap sepenuhnya.

6. Promosi. Ada banyak kaedah promosi blog. Namun antara cara yang termudah, termurah dan tercepat (3T) adalah:
Memberi komen yang terbaik pada artikel di blog lain.
Membenarkan artikel di blog anda disalin (copy & paste) di blog lain, di laman web, di forum atau dengan apa jua kaedah. Namun di akhir artikel itu mereka wajib letakkan info mengenai blog anda termasuk menyatakan URL blog anda.
Bekerjasama dengan blogger lain untuk mengulas mengenai blog anda sama ada secara berbayar atau melakukan secara win-win situation (JV) yang mana anda melakukan sesuatu perkara juga untuk mereka.
Menyertai Forum di Internet dan bina kredibiliti anda di sana.
Target kepada keyword yang dicari oleh pengguna internet. Gunakan pelbagai tools kajian kata-kunci seperti Google Keyword Tool. Kata-kunci tersebut diletak dan digunakan pada tajuk artikel, pada bahagian pendahuluan artikel, dalam kandungan artikel dan juga di akhir artikel. Proses ini adalah dikenali sebagai On Page SEO.
Submit artikel di digg.com. Jika di Malaysia, aplikasi yang sama adalah negaraku.net. Kaedah ini akan membuatkan artikel blog anda cepat diindeks oleh enjin carian.
dan banyak lagi cara promosi lain seperti yang saya tulis di sini..
Case Study:

1. Blog JohnChow.com adalah salah satu blog yang masih baru (berusia 4 tahun) tetapi mendapat trafik dan populariti yang amat tinggi. Topik blog ini adalah lebih kepada Blogging dan Internet Marketing. Padahal sudah banyak blog mengenai blog dan buat duit di internet yang berusia lebih daripada 10 tahun.

Mengapa blog beliau tersebut berjaya? Cuba anda lakukan kajian. Salah satunya di sini kita boleh membuat kesimpulan bahawa, nama atau jenama bukan lagi kekuatan utama di zaman ini, sebaliknya adalah sesuatu info yang biasa tetapi disampaikan dalam bentuk yang lebih kreatif lebih diminati oleh pengguna internet.

2. Blog SmartUsaha.com juga dibina di atas konsep membina audiens tersendiri. Saya sama sekali tidak melakukan kajian pasaran pada masa saya membina blog ini (topik perniagaan internet). Sebaliknya saya membinanya dengan matlamat untuk membina komuniti / pengikut saya yang tersendiri yang berminat untuk mengetahui mengenai perniagaan dan pemasaran internet. Sejak tahun 2005 sehingga sekarang, blog ini telah mempunyai pembaca yang tersendiri.

Kesimpulan:
Jika anda membina blog yang unik dan menyampaikan maklumat dengan cara yang berbeza atau kreatif berbanding pesaing-pesaing sedia ada, peluang untuk anda maju dan berjaya amatlah tinggi. Binalah audiens, pengikut dan prospek anda sendiri dengan sebuah blog yang unik tersebut tanpa perlu melakukan kajian niche yang kadang-kadang amat menyulitkan.

Kaedah target audiens ini amat-amat jarang didedahkan oleh problogger padahal mereka sendiri menggunakan kaedah ini seperti topik blog make money online atau make money blogging yang amat besar persaingannya.

Jika mereka boleh, mengapa tidak kita? Tiada sebarang undang-undang untuk anda mencuba sesuatu. Jangan terlalu terikat dengan pra-syarat yang orang lain tetapkan.

Saranan: Mungkin anda juga boleh merujuk buku Strategi Laut Biru untuk lebih memahami konsep ‘kreatif’ untuk bersaing tanpa perlu bersaing.

————————
Mengenai Penulis: Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang usahawan internet yang telah menggunakan blog sejak tahun 2005 lagi untuk pemasaran perniagaan internetnya. Bidang fokus beliau yang utama adalah teknikal blog Wordpress yang mana beliau telah membantu ramai individu membina blog dot com mereka sendiri dalam masa yang amat singkat.

*Anda boleh meletak dan menggunakan artikel ini di blog anda atau di mana sahaja dengan syarat menyertakan sekali bahagian Info Penulis ini. Hakcipta Adalah Terpelihara.
————————

Sumber artikel: http://bloggingsteps.com/tips/buat-b...ian-niche.html

Selamat Datang ke blog kamek

Buat Para pelawat yang sudi melawat blog saya nie, jangan susah hati saya selang selikan dengan bahasa malaysia.. Kamek dah lama molah blog tapi sik lah kacak kedak blog lain yang dah Pro. blog kamek tok simple jak, tapi jangan susah hati. sebab sik ada apa-apa info yang bagus gilak hanya rencah kehidupan.kamek nak ngajar kitak bahasa sarawak, mun ada sapa-sapa nak belajar sik susah senang ajak bah.
Dikuching mungkin banyak blogger tapi sik sebanyak di semenanjung malaysia. Diharap kat kuching ada yang tau blog boleh jana pendapatan yang berganda hanya di rumah sambil minum kopi..
Nak tau pasal kuching, sarawak. Negeri asal kamek

Kraftangan Sepanjang Waterfront
Kalau ada yang nak pergi kuching sarawak, di sepanjang perjalanan waterfront terdapat banyak kedai kraftangan yang menjual barangan sarawak seperti cenderamata, T-shirt, keychain, Tikar , Pasu , Kain Puak kumbu dan banyak lagi.

Kek Lapis Sarawak

kek lapis sarawak adalah yang paling banyak di cari apabila pengunjung dari semenanjung datang ke sarawak. Kek Lapis boleh di dapati di Kampung Boyan yang terdekat di sepanjang Waterfront, untuk sampai di sana boleh menaiki Sampan yang di sediakan di perairan Waterfront.

Makanan yang Hot Di sarawak
Nasi Ayam Penyet, Laksa Sarawak,Mee kolok, Umai , Ikan Terubok dan banyak lagi Di Pasar Satok. Banyak Lagi Menu yang terdapat di sarawak , anda boleh cari.

Bahasa Melayu Sarawak
Kamek-Saya
Auk- Ya
Sik- Tidak
Mun-Kalau
Senang ajak- senang jer
Bagus gilak- bagus, Baik
Sia,Sinun-Disana
Dolok- dulu
Siney-Dimana
Sitok-sini

Setakat tok bahasa ari tok kelak kamek nambah lagik. mun ada yang sik paham cuba-cubalah paham.

Followers