Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Hujan tidak halang lebih 9,000 umat Islam dan orang awam sambut Maulidur Rasul







Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman memberitahu seramai 188 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai jabatan, agensi, institusi, badan bukan kerajaan, kampung-kampung dan sekolah-sekolah telah mengambil bahagian.

Katanya, apa yang lebih membanggakan, terdapat tiga kumpulan yang terdiri daripada orang bukan Islam yang turut menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut.

“Kita amat bangga kerana ada tiga kumpulan yang terdiri daripada kaum Cina dan Iban terlibat sama dalam majlis ini dan ia selari dengan slogan kita iaitu 1Malaysia 1Ummah,” katanya.

Dalam pada itu, kumpulan daripada ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Muara Tuang memenangi anugerah khas sempena Majlis Perhimpunan dan Per- arakan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Perhimpunan dan perara-kan itu mengikut lapan kategori iaitu kategori A (jabatan/agensi kerajaan dan badan berkanun), kategori B (firma swasta/syarikat/institut kewangan), kategori C (masjid/surau), kategori D (persatuan/kelab/pertubuhan), kategori E (institusi pengajian tinggi/pusat kemahiran/sekolah menengah), kategori F (sekolah kebangsaan), kategori G (kumpulan hadrah) dan kategori H (persatuan/pertubuhan/kelab bukan beragama Islam).

Bagi gelaran johan setiap kategori masing-masing dimenangi oleh Jabatan Pertanian Samarahan (kategori A), Pusat Penerangan Islam (kategori B), Masjid Darul Ibadah, Pangkalan Kuap (kategori C), Belia kampung Darul Islam Belimbing, Padawan (kategori D), Kolej Bunga Raya, UNIMAS (kategori E), Sk Dato Mohd Musa Samarahan (kategori F) dan Kampung Endap (kategori G).

Kesemua johan berjaya me-raih wang tunai RM1,500, piala dan sijil manakala tempat kedua bagi setiap kategori pula membawa pulang wang tunai RM1,000, piala dan sijil dan tempat ketiga pula meraih wang tunai RM750, piala dan sijil.

Manakala hadiah sagu hati dimenangi oleh masyarakat Cina Sadong Jaya yang membawa pulang wang tunai RM500.

Dalam majlis itu juga, pelbagai persembahan turut di-sajikan seperti nasyid dan choral speaking.

Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin bersama isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah, Ke-tua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohammad Morshidi Abdul Ghani dan tetamu kehormat lain.

1 comment:

  1. alhamdulillah.... semoga kita semua benar2 menghayatinya...

    ReplyDelete

Followers