Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Hukum gantung

Oleh Adha Ghazali
MOHD NIZAM MOHAMAD  (tengah), 32,  dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar,  semalam, selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati    kerana  didapati bersalah membunuh seorang budak   perempuan berusia 22 bulan, pada November 2009.
MOHD NIZAM MOHAMAD (tengah), 32, dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar, semalam, selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah membunuh seorang budak perempuan berusia 22 bulan, pada November 2009.
KANGAR: Mahkamah Tinggi semalam, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang lelaki selepas tertuduh didapati bersalah membunuh seorang budak perempuan berusia 22 bulan, pada November 2009 lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab mensabitkan kesalahan terhadap Mohd Nizam Mohamad, 32, selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes mengatasi keraguan munasabah.
Mohd Zaki berkata, tertuduh dalam satu kenyataan tidak bersumpah yang dibuatnya sebelum ini, mengaku melakukan kesalahan itu atas alasan dirinya berada di dalam pengaruh dadah. “Selepas pertimbangkan semua perkara, saya dapati pihak pendakwa berjaya buktikan kes melampaui keraguan munasabah dan dengan ini, tertuduh didapati salah seperti didakwa dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Bagi seksyen itu, saya tidak punyai pilihan lain kecuali hukuman mati mandatori dan tarikh serta waktu hukuman akan ditetapkan,” katanya.
Tertuduh sepanjang penghakiman dibacakan kelihatan tenang tanpa sebarang bicara, malah reaksi sama turut diberikan tertuduh sejurus hukuman mati itu dijatuhkan ke atasnya.
Mohd Nizam dituduh dituduh membunuh Nur Azlina Abdullah yang ketika itu berusia setahun 10 bulan di alamat 8H Jalan Tok Dewa, Repoh, antara jam 9 pagi pada 23 November 2009 dan 12 tengah hari 24 November 2009.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Azman Abu Hassan, manakala tertuduh diwakili peguam Zuriah Meryani Othman.
Tertuduh yang bekerja sebagai buruh ditahan pada 4 Disember 2009 bersama ibu mangsa yang juga kekasihnya selepas pakar bedah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mendapati kematian Nur Azlina pada 26 November 2009, berpunca daripada kecederaan serius di usus, selain terdapat kesan lebam di badan dan kepala dipercayai akibat didera.

No comments:

Post a Comment

Followers