Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Juruterbang wanita tunggal bangga selamatkan rakyat

SUBANG: Juruterbang wanita tunggal dalam Ops Piramid yang berakhir semalam, Mejar Roslin Faradilah Rosman, 33, menganggap segala cabaran yang dihadapi sepanjang misi sembilan hari itu, termasuk pengalaman ngeri merempuh ribut pasir tidak sehebat kenangan manis berjaya mengeluarkan rakyat Malaysia dari kawasan bergolak di Mesir.

Komander Pesawat C-130 yang mengemudi satu daripada penerbangan membawa keluar rakyat Malaysia di Kaherah dan Iskandariah itu, berkata beliau amat berbangga atas kejayaan menyempurnakan misi yang dilancarkan 2 Februari lalu itu.
Antara pengalaman tidak dapat dilupakannya ialah berdepan ribut pasir ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu menyebabkan pesawat terpaksa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Ain.
“Keadaan cukup mengerikan kerana kami tak dapat melihat apa-apa di luar akibat ditutupi ribut pasir. Namun saya tetap gembira kerana usaha membawa rakyat Malaysia keluar dari keadaan bergolak di Kaherah tercapai tanpa sebarang masalah besar,” katanya.

Beliau yang mengendalikan dua penerbangan ulang-alik Jeddah-Kaherah-Jeddah dengan setiap penerbangan hampir 10 jam termasuk mengisi minyak dan masalah pendaratan, antara 148 anggota dan pegawai ATM yang tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira jam 3 petang semalam selepas terbabit dalam Misi Operasi Piramid sejak 2 Februari lalu.

Sementara itu, pengalaman berkawal di kawasan perumahan diduduki bersama warga tempatan Kaherah sepanjang 10 hari rusuhan politik di Mesir bagi menghalang diceroboh penjenayah adalah peristiwa tidak akan dilupakan sepanjang hayat oleh seorang pelajar Malaysia dari Batu Pahat, Johor, Mohamad Ad Satiman, 20.

Pelajar Tahun Satu Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Al-Azhar itu bersama 19 lagi rakannya terpaksa bersengkang mata setiap hari antara jam 1 hingga 5 pagi bersenjatakan pisau, kayu dan besi bagi berdepan kemungkinan ancaman penjenayah.
“Kami terpaksa berkawal bersama warga tempatan di kawasan perumahan di Hayyu Asayir kerana ada berita mengatakan penjenayah lepas lari selepas balai polis dibakar merancang melakukan rompakan kerana keadaan tidak terkawal,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Followers