Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Taman Negara Niah dibuka semula

KUCHING 19 Feb. - Bukit Lambir dan Taman Negara Niah yang ditutup berikutan banjir bulan lepas, dibuka semula untuk orang ramai mulai hari ini.

Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, semua kerja membaiki kerosakan akibat banjir baru-baru ini telah dilakukan di kedua-dua taman negara itu.

"Kedua-dua taman itu kini sedia untuk menerima pengunjung semula," kata SFC dalam kenyataan hari ini.

Taman Negara Bukit Lambir terletak sepanjang jalan Miri-Bintulu, kira-kira 30 kilometer di selatan bandar Miri.

Taman yang diwartakan dan dibuka kepada orang ramai pada 15 Mei 1975 itu meliputi kawasan seluas kira-kira 6,952 hektar.

Taman Negara Niah pula terletak di Sungai Niah, kira-kira tiga kilometer dari pekan kecil Batu Niah dan 110 kilometer barat daya Miri.

Taman yang dibuka kepada orang ramai pada 1 Jan 1975 itu, diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 ia diwartakan sebagai taman negara.

Walaupun merupakan taman negara paling kecil Sarawak, ia adalah yang paling penting dan menarik minat pelancong kerana ia merupakan tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara.

— BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Followers