Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Pilihan raya: 1,000 polis Sabah ke Sarawak

SERAH TUGAS: Madang (kiri) menyerahkan tugasnya sebagai Ketua Polis Daerah Penampang kepada Wan Badrul sambil diperhatikan oleh Hamza (tengah).

Jumlah akan ditambah jika perlu terutama semasa penamaan calon dan mengundi

PENAMPANG: Kira-kira 1,000 anggota polis kontinjen Sabah setakat ini telah ditempatkan di beberapa daerah di Sarawak sebagai bantuan keselamatan untuk menghadapi pilihan raya negeri itu bulan depan. Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Hamza Taib berkata, angka itu mungkin bertambah jika diperlukan terutama pada waktu penamaan calon dan mengundi.

“Sepanjang tempoh berkenaan, iaitu dari 6 hingga 16 April juga, semua cuti anggota polis kontinjen Sabah turut dibekukan sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan lebih ramai petugas diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Penampang antara Deputi Superintenden Madang Usat kepada Asisten Superitenden Wan Badrul Hisham Wan Osman.

Menurutnya, walaupun sebilangan anggota telah dihantar ke Sarawak, namun kekuatan pasukan polis kontinjen Sabah masih di tahap yang baik.

“Kita mempunyai kira-kira 9,000 anggota dan pegawai polis di seluruh negeri dan penghantaran anggota di Sarawak tidak menjejaskan tugas kami di sini.

“Bagaimanapun, jika diperlukan kita mungkin akan menggunakan khidmat pasukan ikatan relawan polis atau polis bantuan,” katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis serah terima tugas itu, Hamza mengucapkan terima kasih kepada Madang atas sumbangannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang khususnya dan polis kontinjen Sabah amnya.

“Beliau telah menjalankan tugas dengan baik dan berjaya menurunkan kadar jenayah di daerah ini, kita mengucapkan terima kasih kepadanya dan berdoa semoga dia mampu meneruskan kecemerlangannya di tempat baru,” katanya.

Madang, 53, telah berkhidmat sebagai Ketua Polis Penampang sejak lebih tiga tahun lepas kini dipindahkan ke Bintulu, Sarawak juga sebagai ketua polis di daerah itu.

Jawatan beliau itu kini dipangku oleh Wan Badrul yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Cawangan Khas IPD Penampang.

Prime Minister Taib lashes out at opposition

by Philip Kiew. y

GIVING FIRST-HAND INFO: Second Minister of Planning and Resource Management Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (fourth left) and Chung Hwa Limbang school board chairman Lim Chwee Cheng (third left) briefing Taib and his wife Puan Sri Ragad Kurdi Taib on the school’s development at the opening ceremony of SJKC Chung Hwa Limbang while board members and others look on.

LIMBANG: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud lambasted the opposition for ignoring the various development projects implemented by the government in the state.

“Look at the number of roads, the number of engineers coming from longhouses, the number of architects and professionals in the state – is that not a big change?” he asked the opposition, when declaring open SJKC Chung Hwa Limbang yesterday.

He cited the development that transformed Limbang and Lawas districts from rural backwaters of development into vibrant centres of growth today as examples of the success of the government’s development plans.

“It is very easy for the opposition to shout ‘change’, but the type they talk about is dead end of personal attacks, and the kind of change shouted by Anwar Ibrahim (Datuk Seri) is rejected by the majority of Sarawakians, as it is about making enemies and not friends,” he said.

He told the people that in a multi-racial society like Sarawak, cooperation and harmony among the people of different racial and religious backgrounds were vital for a stable and strong government.

The chief minister added the state BN government took care of every community and that he also spoke up for SUPP and MCA for the need to give recognition to Chinese education.

On the call by Chung Hwa Limbang school board for assistance from the government, he gave the assurance that he would talk to the federal government to assist them to complete phase two of their development programme.

“My hats off to the pioneers of this school which is nearly 100 years old for their noble spirit to give education and foundation of success for their future generations, and I will help,” he said.

Earlier, Second Minister of Planning and Resource Management Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, in his speech, said the politics of development spearheaded by the chief minister had brought remote areas in the state into the mainstream of development.

“There are roads linking Lawas and Limbang to the border with Brunei, and a total of RM166 million was allocated to Limbang last year and this year for rural water and electricity supply, roads and others, excluding allocations for schools and others,” he said.

Gempar Bumi Di Myanmar


Gempa bumi yang berukuran 6.8 skala Richter boleh dirasai sekitar Thailand, Bangkok dan China. Dianggarkan lebih kurang 75 orang maut dalam gempa bumi di Myanmar.









Mahkamah tolak tuntutan Malaysiakini

KUALA LUMPUR 17 Mac – Kes saman fitnah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud terhadap portal berita propembangkang Malaysiakini akan diteruskan dengan perbicaraan penuh setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan penerbit portal berita di Internet itu untuk membatalkan tuntutan tersebut.

Hakim Datuk John Louis O’Hara memutuskan demikian setelah mendapati bahawa hujah yang dikemukakan oleh Mkini Dotcom Sdn. Bhd. (Mkini Dotcom) bahawa Abdul Taib tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan saman itu adalah tidak berasas selain ia bukan menyalahgunakan proses mahkamah.

Dengan keputusan itu, beliau memerintahkan Mkini Dotcom membayar kos RM10,000 kepada Abdul Taib.

Bagaimanapun tiada tarikh bicara atau pengurusan kes ditetapkan oleh hakim tersebut hari ini.

Pada prosiding tersebut, Mkini Dotcom diwakili oleh peguam, K. Shanmuga manakala Yee Mei Ken mewakili Abdul Taib.

Pada 2007, Abdul Taib memfailkan saman berkenaan setelah portal berita secara dalam talian itu menyiarkan 12 artikel dari 6 April hingga 3 Mei 2007, yang didakwa mengandungi perkataan yang memfitnah beliau.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Taib menamakan Mkini Dotcom dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Gan Diong Keng atau dikenali dengan nama Steven Gan, sebagai defendan.

Beliau mendakwa, artikel berkenaan berbaur fitnah apabila mengaitkan beliau dengan pengumpulan wang secara tidak sah berjumlah RM32 juta melalui kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang berhubung perniagaan balak di Sarawak dan boleh didakwa kerana melakukan jenayah.

Abdul Taib berkata, beliau telah meminta peguamnya mengeluarkan surat tuntutan kepada defendan, tetapi mereka gagal berbuat demikian dan enggan memenuhi syarat surat berkenaan.

Beliau menuntut ganti rugi umum dan teruk, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaan, defendan berkata, perkataan yang terkandung dalam artikel berkenaan disiarkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Defendan berkata, plaintif telah memperaku penerbitan artikel berkenaan dengan menyebut semula perkataan dan perkara yang menjadi sungutan itu dengan membuat kenyataan secara peribadi kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 14 Mei 2007.

Mereka mendakwa, pernyataan peribadi beliau itu kemudiannya disiarkan secara penuh oleh akhbar yang mempunyai liputan meluas di Sarawak, The Borneo Post pada 15 Mei 2007.

Taib Mahmud umum undur selepas pilihan raya

SERIAN 19 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan beliau akan berundur selepas pilihan raya negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam masa terdekat.

Katanya, beliau kini bertanggungjawab untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan perpaduan kepimpinan negeri terlebuh dahulu sebelum berbuat demikian.

Pengumuman itu dibuat beliau sewaktu berucap pada majlis perasmian Sejiwa Senada yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini.

Tsunami Jepun berlaku selepas saintis beri amaran






LONDON - Tsunami yang melanda pantai timur Jepun berlaku dua hari selepas beberapa saintis memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi, lapor sebuah akhbar semalam.Pergerakan bulan itu yang digelar adi bulan, diramalkan berlaku pada 19 Mac ini apabila bulan berada paling rapat dengan Bumi sejak tahun 1992.Ketika itu, jarak bulan dan Bumi sekitar 354,507 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa.Pada kedudukan tersebut, daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi. Ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) Richard Nolle percaya pergerakan bulan itu mencetuskan bencana di Bumi."Fenomena itu memiliki kaitan sejarah dengan ribut kencang, air pasang besar dan gempa bumi," katanya dalam satu wawancara dengan stesen ABC minggu ini.Fenomena itu pernah berlaku pada 1955, 1974, 1992 dan 2005. Bencana tsunami yang menyebabkan 200,000 orang di Indonesia terbunuh itu melanda dua minggu sebelum fenomena bulan berada dekat dengan Bumi pada Januari 2005. - Agensi

Tsunami Di jepun 2011 - Bencana Alam





Penduduk Sarawak Masih di himpit Kemiskinan

Berpuluh -puluh Tahun memrintah Sarawak, majoriti rakyat sarawak di himpit kemiskinan, dasar monopoli kerajaan mengakibatkan pembangunan negeri tidak dirasai golongan muda.
Kegagalan dasar pentadbiran mendorong lebih 250,0000 anak muda Sarawak bekerja di pelbagai negeri di semenanjung Malaysia.
Ramai bekerja di Selangor, Johor dan Singapore. Ini bermakna kerajaan negeri gagal menyediakan peluang perkerjaan kepada anak muda Sarawak" katanya.
Ditanya punca situasi itu, beliau menyatakan ia berkaitan denga dasar kerajaan negeri yang terpalit dengan rasuah dan penyalah gunaan kuasa.
Beliau juga bimbang golongan miskin bakal di golongkan sebagai miskin tega apabila harga barang terus melambung kerana nilai wang Rakyat mengecil.

AirAsia ditawar bina LCCT di Sarawak

2011/03/05
AIRASIA Bhd, pengendali perkhidmatan penerbangan tambang murah terbesar Asia, mendapat tawaran daripada kerajaan Sarawak untuk membangunkan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan, berkata LCCT itu kelak bukan saja akan memudahkan perjalanan pengguna di negara itu, malah akan menarik lebih ramai pengunjung, sekali gus merangsang industri pelancongan dan menggandakan pendapatan.
“Kerajaan negeri menawarkan tanah kepada AirAsia untuk mendirikan LCCT di sini. Sekarang, AirAsia hanya perlu membina terminal itu.
“AirAsia dan kerajaan negeri sedang berbincang tentang perkara itu,” katanya semalam.

AirAsia, pengendali perkhidmatan penerbangan tambang murah terbesar Asia, bercadang untuk membina sebuah LCCT di KIA untuk menjadikan Sarawak sebagai hab perjalanan udara tambang murah dengan rangkaian penerbangan domestik serta antarabangsa yang luas.

Sementara itu, Chan turut menggesa Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), pengendali KIA, mempertimbang secara serius pengurangan cukai lapangan terbang dan caj di terminal penerbangan tambang murah bagi menarik lalu lintas baru dan menggalakkan lagi industri pelancongan negeri.

Katanya, cukai yang tinggi menghalang AirAsia daripada menambah kekerapan penerbangan dan memperkenal laluan baru di negeri ini.
“MAHB harus mempertimbang dengan serius untuk menurunkan cukai lapangan terbang atau mengenakan kadar minimum.

“Ini lebih baik daripada langsung tiada, lebih-lebih lagi bila lapangan terbang Miri, Sibu dan Bintulu tidak terlalu sibuk,” katanya. – BERNAMA

Peter John dari Dj CatsFm hingga ke pemusnah Dynasty Taib Mahmud KM Sarawak.

Radio yang membincangkan isu mengenai kerasuahan Pemimpin Sarawak iaitu Taib . keberanian Peter John itu mempersoalkan serta membongkar satu persatu skandal rasuah besar Taib sehingga sekarang dilihat Taib semakin tergugat .

Anda tahu kenapa setiap negeri yang ingin ke Sarawak harus beratur berasingan di imgresen lapangan terbang? bila ke Sarawak anda diberikan satu kertas kecil yang mengatakan tidak boleh melebihi 3bulan di Sarawak ? .

Mr J rasa kali ini Pilihanraya Sarawak akan banyak kes , harapan Mr J semoga Peter John selamat di London dan selagi Taib memerintah Sarawak selagi itulah Peter John tidak boleh balik kerana Hanya orang Sarawak yang tahu bertapa bahayanya rangkaian Taib .

Dahulu Mr J telah berjanji bahawa Mr J tidak ingin melibatkan tentang Politik tetapi atas dasar kesedaran dan kemudaratan kehidupan kaum di Sarawak seperti kaum penan di mana hutan mereka habis dicerobohi oleh pembalak haram yang dilesenkan oleh Taib.

Mr J tak ingin berkata banyak kerana pengaruh Taib di sarawak sanggup membuat apa saja , silap hari bulan Mr J kena tangkap itulah Peter John sanggup berpangkalan di London semata - mata memberikan kebenaran kepada Rakyat Sarawak.


Minggat anak Nyakin - still unconscious four days after the attack.

Ayuh Badu agi kitai ngundi Taib , badu agi kitai merinsa , maio wakil BN ti megai kitai rakyatnya ukai wakil kitak sida ia semina wakil parti aja semina ngemenuh ke duit bala sida aja.
Anda boleh membaca dan melihat sendiri dimana Kroni - kroni Taib mengunakan Gengster dengan membawa letupan dengan harapan menakutkan penduduk rumah panjang mengenai Tanah mereka.



DJ Radio Free Sarawak, Peter John Jaban hari ini membidas pihak berkuasa kerana didakwa mengenakan 'gangguan' ke atas keluarga dan perniagaannya di Kuching dan menuntut tindakan itu dihentikan serta-merta.

NONE“Serang saya jika awak mahu tetapi jangan ganggu keluarga saya,” kata Jaban dalam satu kenytaan akhbar hari ini.

Jaban, yang terkenal dengan nama panggilan di udaranya sebagai Papa Orang Utan adalah DJ radio pro demokrasi yang berpangkalan di Londo. Katanya, masalah keluarganya bermula awal Januari ini apabila identitinya dikenali ramai di Sarawak.

Buat permulaan, penyewaan restoran milik keluarganya yang telah menduduki sebuah bangunan sejak empat tahun lalu tiba-tiba ditamatkan.

Pemilik bangunan itu yang dikatakan penyokong BN pada Januari lalu memberi restorannya tempoh sebulan untuk mengosongkan perniagaan mereka.

Anak Jaban, kemudian menghubunginya memberitahu perniagaan rumah tumpangan yang dijalankan mereka juga menerima nasib yang sama.

Pemiliknya, seorang pengusaha balak Sarawak yang juga dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga membatalkan perjanjian sewaan bangunan tanpa sebarang alasan.

Jaban berkata keadaan bertambah buruk selepas akhbar di London, Evening Standard mendedahkan mereka yang bertugas di sebalik stesen radio itu.

Menurutnya, sejak itu pihak polis mula mengunjung ahli keluarganya di rumah mereka dan bertanyakan di mana beliau berada.

From Malaysiakini.com

Peluang kedua - Saman Trafik

SEBAHAGIAN orang ramai  mengambil peluang membayar saman tertunggak di Balai Polis Trafik Jalan Bandar, di ibu negara semalam selepas  kerajaan mengumumkan tempoh diskaun saman dilanjutkan hingga 10 Mac.
SEBAHAGIAN orang ramai mengambil peluang membayar saman tertunggak di Balai Polis Trafik Jalan Bandar, di ibu negara semalam selepas kerajaan mengumumkan tempoh diskaun saman dilanjutkan hingga 10 Mac.
Kabinet setuju diskaun bayaran saman dilanjut 10 hari lagi

KUALA LUMPUR: Selepas sehari lenggang, semua pejabat dan balai polis trafik di seluruh negara kembali sibuk semalam, sebaik keputusan Kabinet melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac ini diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Tinjauan Berita Harian petang semalam mendapati hampir semua pejabat pos, Kaunter Trafik di Bukit Aman dan Balai Polis Trafik di Jalan Tun HS Lee di sini sesak dengan orang ramai untuk membayar saman masing-masing.
Kebanyakan mereka yang ditemui lega dengan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun itu selama sembilan hari lagi selepas kecewa tidak dapat melaksanakannya sebelum 28 Februari lalu.

Sehingga kelmarin, hampir 18 juta saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) belum dilunaskan daripada jumlah keseluruhan hampir 50 juta yang dikeluarkan sejak tahun 2000. Jumlah itu membabitkan 17.3 juta saman yang dikeluarkan polis dan 432,671 saman JPJ. Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk 839,361 saman lalu lintas dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Hishamuddin pada sidang medianya jam 2 petang semalam di Putrajaya, berkata kerajaan membuat keputusan melanjutkan tempoh itu bagi memberi peluang kepada pesalah menjelaskan saman masing-masing, selain banyak rayuan diterima.

“Ada individu mendakwa mahu menjelaskan kompaun dan sudah ke balai polis tetapi tidak dapat berbuat demikian, walaupun kaunter dibuka hingga ke lewat malam tempoh hari.
“Malah, ada aduan dan pertikaian mengenai kesahihan saman dikeluarkan kerana ada antara mereka mendakwa tidak menggunakan kenderaan yang direkodkan serta pelbagai alasan lain.

“Berikutan itu, saya membawa perkara ini ke pengetahuan Kabinet pagi tadi (semalam) dan keputusan dibuat supaya diskaun 50 peratus untuk membayar saman dilanjutkan sehingga 10 Mac ini,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan orang ramai yang memiliki saman yang dikeluarkan sebelum 1 Disember lalu, berpeluang menikmati insentif 50 peratus diskaun dan jika gagal dijelaskan sehingga Isnin lalu, nama mereka akan disenaraihitamkan dan akan menghadapi masalah memperbaharui cukai jalan.

Hishammuddin bagaimanapun menegaskan lanjutan tempoh bayaran kompaun itu adalah muktamad.

Susulan pengumuman itu, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof pada sidang medianya di Bukit Aman petang semalam berkata, bermula hari ini tempoh operasi semua kaunter bayaran saman trafik di seluruh negara akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 10 malam, termasuk pada Sabtu dan Ahad.

Beliau menasihati orang ramai menggunakan ‘peluang kedua’ ini dan tidak lagi menunggu sehingga saat akhir bagi menjelaskan saman mereka bagi mengelak pelbagai masalah, termasuk gangguan pada sistem komputer apabila orang ramai bersesak-sesak membuat bayaran.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, pula berkata pihaknya sudah membuka semua kaunter sejak semalam dan menjangka jumlah yang datang untuk membayar saman akan meningkat mulai hari ini.

Sementara itu, pemandu pelancong, Lim Yoon Yew, 38, yang tiba di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang semalam untuk menjelaskan saman tertunggaknya, terkejut apabila dimaklumkan nombor giliran sudah habis.

“PDRM sepatutnya melanjutkan operasi kaunter sehingga hingga jam 10 malam, termasuk menempatkan pegawai dan anggota bekerja lebih masa sepanjang tempoh pemberian diskaun. Ini membolehkan orang ramai menjelaskan saman, selain mengelak masalah kesesakan di kaunter,” katanya.

Ahli perniagaan, Mohd Ridwan Yunus, 40, juga bersetuju dengan cadangan PDRM melanjutkan tempoh bayaran sehingga lewat malam kerana sebahagian besar pesalah trafik bekerja dan sukar untuk menyelesaikan urusan itu ketika waktu pejabat.

Ridwan yang datang seawal jam 10 pagi semalam juga kesal kerana hanya tiga kaunter semakan dan bayaran dibuka.

5.5 juta saman trafik dibayar

JPJ aktifkan semula rekod senarai hitam, sistem KEJARA


KUALA LUMPUR: Sebanyak 5.5 juta saman trafik diselesaikan orang ramai dari Ogos tahun lalu, termasuk 1.5 juta pada minggu terakhir diskaun yang ditawarkan Polis Diraja Malaysia, berakhir kelmarin.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula merekodkan pembayaran sebanyak 52,919 saman sehingga tengah malam kelmarin, kira-kira 11 peratus daripada keseluruhan 485,590 saman yang dikeluarkannya dari tahun 2000 hingga 2008.
Justeru, kedua-dua pihak berkuasa terbabit semalam memberi amaran untuk menyenaraihitamkan pesalah trafik yang masih mempunyai saman tertunggak menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan sehingga semua saman dibayar.

Sehingga semalam, hampir 18 juta saman trafik tertunggak dikeluarkan polis dan JPJ masih belum dilunaskan oleh pesalah berkaitan.

Daripada jumlah saman yang belum dibayar itu, 17.3 juta membabitkan saman trafik polis sejak 2000 hingga kini manakala 432,671 lagi oleh JPJ antara 2000 hingga 2008.

Jumlah saman tidak berbayar itu mungkin lebih tinggi jika dicampur dengan saman lalu lintas yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjumlah 839,361 antara 2000 hingga 2008. Rekod pembayarannya belum diperoleh.
Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sehingga kelmarin, sebanyak 31.9 juta saman sudah dijelaskan daripada keseluruhan 49.4 juta saman yang dikeluarkan polis sejak 2000 hingga kini.

“Untuk saman dikeluarkan selepas 1 Mac pula, kita beri tempoh dua bulan kepada pemilik saman untuk menjelaskannya sebelum tindakan senarai hitam dikenakan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, rekod senarai hitam diaktifkan semula semalam dan mata demerit di bawah sistem KEJARA dikenakan kepada pesalah trafik yang membuat bayaran mulai 1 Mac.

Beliau berkata, kesesakan yang berlaku di kaunter pembayaran saman sejak seminggu lalu menunjukkan orang ramai lebih gemar menangguhkan apa juga urusan sehingga saat akhir.

Followers