Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

5.5 juta saman trafik dibayar

JPJ aktifkan semula rekod senarai hitam, sistem KEJARA


KUALA LUMPUR: Sebanyak 5.5 juta saman trafik diselesaikan orang ramai dari Ogos tahun lalu, termasuk 1.5 juta pada minggu terakhir diskaun yang ditawarkan Polis Diraja Malaysia, berakhir kelmarin.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula merekodkan pembayaran sebanyak 52,919 saman sehingga tengah malam kelmarin, kira-kira 11 peratus daripada keseluruhan 485,590 saman yang dikeluarkannya dari tahun 2000 hingga 2008.
Justeru, kedua-dua pihak berkuasa terbabit semalam memberi amaran untuk menyenaraihitamkan pesalah trafik yang masih mempunyai saman tertunggak menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan sehingga semua saman dibayar.

Sehingga semalam, hampir 18 juta saman trafik tertunggak dikeluarkan polis dan JPJ masih belum dilunaskan oleh pesalah berkaitan.

Daripada jumlah saman yang belum dibayar itu, 17.3 juta membabitkan saman trafik polis sejak 2000 hingga kini manakala 432,671 lagi oleh JPJ antara 2000 hingga 2008.

Jumlah saman tidak berbayar itu mungkin lebih tinggi jika dicampur dengan saman lalu lintas yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjumlah 839,361 antara 2000 hingga 2008. Rekod pembayarannya belum diperoleh.
Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sehingga kelmarin, sebanyak 31.9 juta saman sudah dijelaskan daripada keseluruhan 49.4 juta saman yang dikeluarkan polis sejak 2000 hingga kini.

“Untuk saman dikeluarkan selepas 1 Mac pula, kita beri tempoh dua bulan kepada pemilik saman untuk menjelaskannya sebelum tindakan senarai hitam dikenakan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, rekod senarai hitam diaktifkan semula semalam dan mata demerit di bawah sistem KEJARA dikenakan kepada pesalah trafik yang membuat bayaran mulai 1 Mac.

Beliau berkata, kesesakan yang berlaku di kaunter pembayaran saman sejak seminggu lalu menunjukkan orang ramai lebih gemar menangguhkan apa juga urusan sehingga saat akhir.

No comments:

Post a Comment

Followers