Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

AirAsia ditawar bina LCCT di Sarawak

2011/03/05
AIRASIA Bhd, pengendali perkhidmatan penerbangan tambang murah terbesar Asia, mendapat tawaran daripada kerajaan Sarawak untuk membangunkan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan, berkata LCCT itu kelak bukan saja akan memudahkan perjalanan pengguna di negara itu, malah akan menarik lebih ramai pengunjung, sekali gus merangsang industri pelancongan dan menggandakan pendapatan.
“Kerajaan negeri menawarkan tanah kepada AirAsia untuk mendirikan LCCT di sini. Sekarang, AirAsia hanya perlu membina terminal itu.
“AirAsia dan kerajaan negeri sedang berbincang tentang perkara itu,” katanya semalam.

AirAsia, pengendali perkhidmatan penerbangan tambang murah terbesar Asia, bercadang untuk membina sebuah LCCT di KIA untuk menjadikan Sarawak sebagai hab perjalanan udara tambang murah dengan rangkaian penerbangan domestik serta antarabangsa yang luas.

Sementara itu, Chan turut menggesa Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), pengendali KIA, mempertimbang secara serius pengurangan cukai lapangan terbang dan caj di terminal penerbangan tambang murah bagi menarik lalu lintas baru dan menggalakkan lagi industri pelancongan negeri.

Katanya, cukai yang tinggi menghalang AirAsia daripada menambah kekerapan penerbangan dan memperkenal laluan baru di negeri ini.
“MAHB harus mempertimbang dengan serius untuk menurunkan cukai lapangan terbang atau mengenakan kadar minimum.

“Ini lebih baik daripada langsung tiada, lebih-lebih lagi bila lapangan terbang Miri, Sibu dan Bintulu tidak terlalu sibuk,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Followers