Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Pilihan raya: 1,000 polis Sabah ke Sarawak

SERAH TUGAS: Madang (kiri) menyerahkan tugasnya sebagai Ketua Polis Daerah Penampang kepada Wan Badrul sambil diperhatikan oleh Hamza (tengah).

Jumlah akan ditambah jika perlu terutama semasa penamaan calon dan mengundi

PENAMPANG: Kira-kira 1,000 anggota polis kontinjen Sabah setakat ini telah ditempatkan di beberapa daerah di Sarawak sebagai bantuan keselamatan untuk menghadapi pilihan raya negeri itu bulan depan. Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Hamza Taib berkata, angka itu mungkin bertambah jika diperlukan terutama pada waktu penamaan calon dan mengundi.

“Sepanjang tempoh berkenaan, iaitu dari 6 hingga 16 April juga, semua cuti anggota polis kontinjen Sabah turut dibekukan sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan lebih ramai petugas diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Penampang antara Deputi Superintenden Madang Usat kepada Asisten Superitenden Wan Badrul Hisham Wan Osman.

Menurutnya, walaupun sebilangan anggota telah dihantar ke Sarawak, namun kekuatan pasukan polis kontinjen Sabah masih di tahap yang baik.

“Kita mempunyai kira-kira 9,000 anggota dan pegawai polis di seluruh negeri dan penghantaran anggota di Sarawak tidak menjejaskan tugas kami di sini.

“Bagaimanapun, jika diperlukan kita mungkin akan menggunakan khidmat pasukan ikatan relawan polis atau polis bantuan,” katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis serah terima tugas itu, Hamza mengucapkan terima kasih kepada Madang atas sumbangannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang khususnya dan polis kontinjen Sabah amnya.

“Beliau telah menjalankan tugas dengan baik dan berjaya menurunkan kadar jenayah di daerah ini, kita mengucapkan terima kasih kepadanya dan berdoa semoga dia mampu meneruskan kecemerlangannya di tempat baru,” katanya.

Madang, 53, telah berkhidmat sebagai Ketua Polis Penampang sejak lebih tiga tahun lepas kini dipindahkan ke Bintulu, Sarawak juga sebagai ketua polis di daerah itu.

Jawatan beliau itu kini dipangku oleh Wan Badrul yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Cawangan Khas IPD Penampang.

No comments:

Post a Comment

Followers