Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

25 kedai koperasi bakal dinaik taraf

SERIAN 10 April - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengenal pasti 25 kedai runcit koperasi di negeri ini untuk dinaik taraf menerusi program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) yang bermula sejak Januari lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 14 kedai runcit koperasi di daerah ini bakal menjadi perintis kepada program berkenaan.

“Kedai-kedai runcit koperasi ini akan menerima peruntukan antara RM20,000 hingga RM50,000 setiap satu untuk kerja-kerja pemodenan dan menaik taraf.

“Selain itu, SKM juga memberi bantuan pinjaman berjumlah RM503,700 kepada empat koperasi terpilih menerusi Tabung Modal Pusingan suruhanjaya itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tukar bagi kedai runcit milik Koperasi Kampung Pichin Berhad, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Felda Trading Sdn. Bhd., (Felda Trading) dilantik sebagai perunding dan mentor kepada koperasi yang terpilih bagi melaksanakan program Tukar di Sarawak.

“Sebagai mentor, Felda Trading akan menyediakan pelan transformasi merangkumi susun atur, penyediaan sistem dan latihan serta membekalkan barangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, dalam tempoh tiga bulan, SKM telah berjaya menaik taraf 18 kedai runcit koperasi luar bandar di seluruh negara.

“Kita sasarkan untuk menukar 100 kedai runcit di seluruh negara dalam tempoh dua tahun bermula tahun ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Followers