Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Abdul Taib angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak

KUCHING: Tan Sri Abdul Taib Mahmud malam ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri di Astana Negeri di sini selepas Barisan Nasional (BN) memenangi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10.

Abdul Taib yang memakai baju Melayu warna ungu, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, pada satu majlis ringkas.
Pada pilihan raya negeri kali ini, BN memenangi 55 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.
Ini adalah penggal kelapan Abdul Taib yang juga pengerusi BN Sarawak memegang tampuk pemerintahan negeri sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak pada Mac 1981.

Beliau mengekalkan kerusi Balingian dengan mengalahkan dua pencabarnya, iaitu calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin dan calon PKR, Suriati Abdullah dengan majoriti 5,154 undi.

Pada pilihan raya negeri 2006, Abdul Taib mengangkat sumpah jawatan sehari selepas BN memenangi 62 daripada 71 kerusi dalam pilihan raya itu.

Abdul Taib sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan ini adalah pilihan raya terakhir yang diketuainya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Followers