Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Anwar jelaskan selepas pilihan raya Sarawak

KUCHING 15 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan memberi penjelasan mengenai kenyataan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai kepimpinannya selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak esok.

Beliau berkata, tindakannya untuk tidak menjawab dakwaan bekas teman rapatnya itu bukannya untuk mengelak, tetapi perkara itu boleh dibincang pada Ahad ini selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Ini adalah untuk tidak membenarkan sesiapa mengalihkan pandangan, sekarang ini menumpukan perhatian kepada pilihan raya, biar rakyat membuat pilihan," katanya di sini hari ini.

Anwar diminta mengulas kenyataan Raja Petra yang Anwar sudah hilang kredibiliti dan gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif dalam temu bual dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3 semalam. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Followers