Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

BN yakin menang besar


KUCHING 10 April - Barisan Nasional (BN) Sarawak yakin dapat membentuk semula kerajaan negeri selepas pilihan raya pada 16 April akan datang dengan memenangi lebih dua per tiga daripada 71 jumlah kerusi yang dipertandingkan.

Ketua Penerangan BN negeri, Tan Sri Adenan Satem memberitahu, BN yakin dapat memenangi lebih daripada 50 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut, berbanding 36 kerusi bagi majoriti mudah atau 47 kerusi bagi majoriti dua pertiga untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan.

Katanya, keyakinan itu juga berdasarkan perpecahan yang disaksikan di kalangan pihak pembangkang sehingga menyebabkan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) membawa haluan sendiri dalam pilihan raya negeri ke-10 kali ini.

Menurut beliau, ketidaksepakatan di antara Snap dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP serta Pas merupakan satu kegagalan strategi pembangkang dan keadaan itu akan memecahkan undi para penyokong mereka justeru memberikan kelebihan besar kepada BN.

"Pembangkang merancang untuk menghadapi pertandingan dua penjuru dengan BN di banyak kerusi yang dipertandingkan, tetapi itu gagal apabila Snap membawa haluan sendiri, kini kita saksikan ada pertandingan tiga penjuru, empat sehingga enam penjuru.

"Pembangkang kata mereka boleh membentuk kerajaan tetapi dengan keadaan ini, ternyata mereka gagal, bagaimana mahu bentuk kerajaan apabila hal ehwal dalaman sendiri pun tidak boleh diselesaikan," katanya pada sidang akhbar di di Santubong, dekat sini hari ini.

Kepada soalan lain, beliau menjelaskan, slogan 'Jom Ubah' yang dilaung-laungkan pembangkang pada kempen mereka tidak memberi sebarang makna dan ia hanya berbentuk retorik demi memancing undi rakyat.

Hakikatnya, kata beliau, BN merupakan gagasan yang lebih efektif dalam membawa perubahan serta transformasi dalam pelbagai bidang di negara ini sejak selepas merdeka seperti pelajaran, ekonomi dan kestabilan politik.

Mengenai undi kaum Cina yang memihak kepada DAP di beberapa kerusi sejak pilihan raya negeri pada 2006 lalu, jelas beliau, sokongan masyarakat itu dilihat sudah kembali kepada BN setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara.

"Populariti Najib semakin memuncak, kita lihat beliau sangat kerap melakukan lawatan mesra serta menghadiri perjumpaan dan perbincangan dengan masyarakat Cina dan ia diyakini memberi kesan kepada BN," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, pelan peralihan kuasa daripada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas pilihan raya nanti diyakini mampu menarik sokongan rakyat kepada BN.

"Ada masa seseorang itu akan berpencen dan Ketua Menteri juga akan berbuat demikian," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Followers