Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Hattan Bawa Lebih 80 Artis Tour Satu Sarawak

SARAWAK, 29 MAC 2011: Lebih 80 artis tempatan telah dibawa untuk mengembara ke seluruh pelusuk kampung di Sarawak bagi menjayakan Konsert Karnival Mesra Belia 1 Sarawak (KMB1S) yang telah diadakan sejak 22 Januari lalu.

KMB1S yang bakal berakhir 9 April ini telah dimeriahkan oleh Ramli Sarip, Nadia AF6, Ika AF6, kumpulan Kristal, Jay Jay, Amir Ukays, Mus May, Black Mentor, Ain AF8 dan ramai lagi.Konsert berbentuk tour ini telah diadakan setiap hari Sabtu dalam setiap minggu bermula di lokasi pertamanya, Tebedu dan bakal berakhir di Sibu.

Apa yang membanggakan, konsert anjuran Kementerian Belia dan Sukan ini telah diuruskan sepenuhnya oleh penyanyi rock, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin yang juga perunding artis bagi kesemua 12 minggu lokasi KMB1S ini diadakan.

Hattan yang ditemui ketika menguruskan KMB1S pada minggu ke sepuluh konsert yang diadakan di Asajaya, Semarahan memberitahu, selain membantu mendekatkan artis-artis tempatan kepada penduduk pendalaman, konsert ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosialnya kepada pihak kerajaan.

"Alhamdulilah, pengembaraan kami sudah hampir ke penghujungnya. Sambutan yang diberikan oleh penduduk tempatan memang amat menggalakkan serta luar biasa berbanding konsert biasa yang kita pernah lihat di Kuala Lumpur.

"Namun setelah menguruskannnya selama hampir tiga bulan saya akui ianya bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. Tapi semua ini salah satu cara untuk saya memberi peluang kepada penyanyi-penyanyi untuk bertemu dengan peminat selain dapat mengisi duit poket mereka setiap minggu.

"Selain itu, secara tidak langsung saya juga mengajak artis-artis yang terlibat untuk menjalankan tanggungjawab sosial. Ini kerana dengan adanya konsert ini mereka dapat menggalakkan kaum belia untuk keluar mengundi dalam Pilihanraya Umum ke 10 DUN Sarawak pada 16 April ini," jelasnya kepada murai.com.my.

Selain konsert, pelbagai aktiviti turut diadakan bersempena di Karnival Mesra Belia 1 Malaysia ini. Antaranya adalah seperti perlawanan futsal, pinball, motor show dan pelbagai aktiviti lain yang disediakan sesuai untuk semua belia.

Bukan mudah untuk menguruskan kerenah lebih 80 artis pada setiap minggu. Namun begitu, Hattan berkata, biarpun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam menguruskan konsert tersebut, tapi dia tetap mengharunginya tanpa rasa kesal.

"Saya akui bukan mudah untuk melakukannya kerana saya sudah mengharungi pelbagai cabaran setakat ini. Apatah lagi kami sudah meredah pelbagai tempat pendalaman yang kami sendiri belum pernah jejaki. Nasib saya baik kerana memperolehi team serta pembantu yang berdedikasi.

"Bayangkanlah, bagaimana saya nak uruskan lebih 80 artis dengan pengurus masing-masing dalam satu masa kerana setiap minggu kita akan adakan konsert di lebih 7 lokasi. Jadi kami perlu sediakan tempat tinggal atau hotel untuk mereka menginap dengan secukupnya.

"Kadang-kadang hotel juga tidak cukup untuk kami tempatkan mereka, jadi pelbagai cara perlu kami fikirkan. Selain itu, pelbagai benda perlu kami uruskan seperti penerbangan pergi balik untuk lebih 80 penumpang dalam satu masa termasuklah keperluan mereka.

"Tetapi setakat ini, kami telah berusaha untuk berikan layanan yang cukup baik kepada semua artis. Malah, kami juga telah berusaha sediakan tempat tinggal, makan minum dan sebagainya.

"Kami juga membayar mereka mengikut rate masing-masing dan semua bayaran kami usaha untuk selesaikannya dengan kadar yang segera. Alhamdulilah, segala kesukaran telah dapat kami tempuhi dan uruskan dengan baik," kata Hattan.

Tambah Hattan lagi usahanya mungkin tidak akan terhenti di Sarawak sahaja kerana Kementerian Belia Sukan masih dalam perancangan untuk menbawa Konsert Belia Mesra 1 menjelajah ke ke seluruh Malaysia pula.

1 comment:

  1. http://wallztechnology.co.cc/

    Mobile Technology | Computer Technology | Wireless Technology | Software Technology | Cyber Security | Java Games & Apps | Online Business | Marketing | Advertise | News | Make Money |

    ReplyDelete

Followers