Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Kabinet arah polis kenal pasti individu dalam video


Oleh Shamsul Kamal Amarudin

KUALA KANGSAR: Kabinet mengarahkan polis melakukan siasatan rapi bagi mengenal pasti siapa sebenarnya individu yang terdapat dalam klip video seks yang dikatakan membabitkan pelaku mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata, penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video seks itu pula hanya akan dilakukan sekiranya ramai pihak mempertikaikan hasil siasatan polis itu nanti.
“Polis sudah menyiasat dan membuat keputusan klip video itu adalah tulen, jadi kita mahu polis siasat dan membuat keputusan siapa yang terbabit (dalam klip video itu).... kita jangka siasatan itu boleh selesai dalam tempoh terdekat.
“Tiada guna hanya memastikan video itu tulen jika tidak dapat mengenal pasti siapa individu dalam klip video itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pertanian Parlimen Padang Rengas dekat sini semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes itu selepas pembangkang sepakat menolak cadangan penubuhannya.

Nazri berkata, beliau membangkitkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja pada mesyuarat Kabinet pagi semalam tetapi kerajaan membuat keputusan untuk menunggu hasil siasatan polis terlebih dulu.

“Oleh kerana polis sedang melakukan penyiasatan dan rangka kerjanya juga merangkumi semua aspek selain ketulenannya, adalah lebih baik kita menunggu hasil siasatan itu,” katanya.
Beliau berkata, jika orang ramai berpuas hati dengan hasil siasatan polis itu, maka tidak perlu sebarang penubuhan jawatankuasa siasatan lain ditubuhkan.
Sebaliknya jika ramai mempertikaikannya, baru ditubuhkan Suruhanjaya Diraja selepas ia mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.

Katanya, penubuhan Suruhanjaya Diraja boleh dilakukan terhadap semua aspek membabitkan kepentingan awam sama seperti penubuhan bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock serta klip video membabitkan pelaku mirip peguam V K Lingam.

No comments:

Post a Comment

Followers