Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Lagi-lagi Tragedy dunia

AKTRES popular Hollywood, Lindsay Lohan, 24, tiba di Mahkamah Los Angeles, hari ini sebelum dijatuhi hukuman penjara 120 hari dan diperintah melakukan khidmat sosial selepas didapati bersalah mengingkari hukuman memandu dalam keadaan mabuk dan mengambil dadah pada 2007 lalu. Lohan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri rantai bernilai AS$2,500 di kawasan kediamannya di Venice Beach.


PENUNJUK perasaan berarak di bandar pelabuhan Banias, Syria bagi mengadakan demonstrasi antikerajaan besar-besaran sempena hari Jumaat, semalam. Tunjuk perasaan semalam dikatakan yang terbesar sejak Mac lalu yang meletus ke seluruh negara dengan 70 orang dilaporkan terbunuh manakala ratusan lagi cedera apabila pihak keselamatan dikatakan terpaksa melepaskan tembakan bagi menyuraikan mereka. -


EMPAT sekeluarga termasuk sepasang suami isteri maut apabila Perodua Myvi dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan kimia di Kilometer 63, Jalan Kuantan-Segamat, kira-kira jam 4.50 pagi tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbual mesra dengan Dr Sheikh Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais ketika menerima kunjungan Imam Besar Masjidil Haram itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, hari ini.
Apr 22, 2011 8:34 pm

BEBERAPA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Putrajaya, hari ini untuk menyerahkan memorandum bantahan khususnya pembinaan reaktor nuklear di Malaysia. - Foto Afendi Mohamed
Apr 22, 2011 3:36 pm



No comments:

Post a Comment

Followers