Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Pilihan raya Sarawak: BN menang kerusi pertama

KUCHING 16 April - Keputusan pertama Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lawson Chuat menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban.

Lawson menang dengan majoriti 2,774 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jerah ak Engkiong @ Edward yang memperoleh 1,125 undi dan calon Snap, Dayrell Walyer Entrie dengan 641 undi.

Dayrell turut hilang wang pertaruhan.


Menang 48 kerusi, BN peroleh majoriti 2/3 di Sarawak

16/04/2011 10:13pm

KUALA LUMPUR 16 April – Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh majoriti dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 apabila menang 48 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan setakat 9.45 malam ini.

Daripada jumlah itu, DAP menang sembilan kerusi diikuti oleh PKR (tiga) dan satu kerusi dimenangi oleh calon Bebas.

Setakat ini 10 lagi kerusi belum diumumkan. -



Kesemua 1,748 pusat pengundian ditutup tepat 5 petang

16/04/2011 5:49pm

KUCHING 16 April - Kesemua 1,748 pusat pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ditutup tepat pada pukul 5 petang ini, sementara di beberapa tempat pusat penjumlahan undi, pengiraan telah pun bermula.

Pengiraan undi dimulakan sejak pukul 12.30 tengah hari ini di beberapa kawasan berikutan pusat mengundi ditutup awal memandangkan ia terletak di kawasan pedalaman dan jumlah pengundinya adalah kecil.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pusat mengundi yang paling sedikit iaitu di Pusat Mengundi Rh TK Pa'Berang di Ba'kelalan dengan hanya 20 pengundi mendaftar.

Ba'kelalan juga merupakan kawasan yang mempunyai jumlah pengundi paling kecil. Pusat penjumlahan undi bagi kerusi Ba'kelalan adalah di Majlis Daerah Lawas.

Keputusan pertama pilihan raya dijangka diumumkan kira-kira pukul 8 malam ini.

Pada pilihan raya kali ini, Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 71 kerusi.

Parti pembangkang DAP di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (26); Parti Keadilan Rakyat (PKR) (49); Pas (lima) dan dan Parti Cinta Malaysia (PCM) (enam).

Seramai 41 orang bertanding sebagai calon Bebas


Keputusan terkini: BN 50, PKR 3, DAP 10, Bebas 1 (dikemas kini)

16/04/2011 10:25pm

KUALA LUMPUR 16 April - Kedudukan semasa keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 50 daripada 64 kerusi yang sudah selesai diumumkan setakat ini.

Daripada jumlah itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menang di tiga kerusi manakala DAP setakat ini memperoleh 10 kerusi dan Bebas menang satu kerusi


Pilihan raya Sarawak: Taib menang, George Chan tewas

16/04/2011 8:42pm

KUCHING 16 April – Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian manakala timbalannya, Tan Sri George Chan Hong Nam tewas di DUN Piasau.

No comments:

Post a Comment

Followers