Kamek blogger Sarawak WELCOME TO MY BLOG, Kamek Blogger Sarawak
Share |

Tabung Amanah Bumiputera Kuching

Langkah kerajaan negeri untuk menubuhkan Tabung Amanah Bumiputera dilihat sebagi satu lagi peluang untuk mengangkat taraf dan penyertaan masyarakat bumiputera dalam ekonomi terutama di kawasan luar bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol berkata, penubuhan tabung berkenaan wajar mendapat sambutan golongan terbabit supaya ia berjaya mencapai matlamat.
''Kita lihat sahaja di kampung-kampung terdapat kedai-kedai yang menjual barang runcit dan ini menunjukkan bahawa mereka ada semangat untuk berniaga.
''Justeru, kita jangan bazirkan semangat mereka untuk berniaga sekali gus meningkatkan taraf hidup masing-masing," katanya di sini semalam.
Terdahulu beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berhasrat menubuhkan sebuah Tabung Amanah Bumiputera bagi membantu membina komponen pendidikan teknikal di kalangan masyarakat bumiputera bagi menjayakan keperluan pembangunan wilayah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).
Abdullah memberitahu, golongan usahawan di kampung-kampung kemungkinan tidak mempunyai modal mencukupi dan ia membantutkan usaha mereka untuk berkecimpung dalam sektor perniagaan.
Malah katanya, mereka juga mungkin kekurangan kepakaran dalam pemasaran dan dengan adanya tabung tersebut, maka ia mampu memberi tunjuk ajar dan memantau sesuatu aktiviti perniagaan.
''Di kawasan DUN Semop misalnya, para penduduk di situ mungkin boleh menceburi perusahaan memproses makanan terutama ikan.
''Selain itu, aktiviti nelayan di Pulau Bruit begitu bergantung kepada cuaca, maka tangkapan laut yang banyak seperti ikan lumik boleh diproses menjadi ikan salai atau keropok lekor jika mereka tidak turun ke laut," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, penubuhan tabung itu bukan bertujuan untuk mengetepikan peluang kaum bukan Bumiputera terutama dalam bidang ekonomi.

Followers